Pada sesetengah aplikasi seperti accounts, database, bind, cron dan sebagainya, adalah amat perlu kita mempunyai system masa yang tepat.
Masa pada system biasanya akan "lari" atau tidak sync dalam tempoh masa penggunaan.
Untuk itu kita perlu ada mekanisma untuk melaraskan masa supaya tidak terlalu jauh "lari".
Contoh:
#date
Wed Mar 7 6:05:23 UTC 2007
Contoh di atas menggunakan universal time yang tidak menggambarkan masa sebenar negara kita.
Cara untuk mengubah masa mengikut negara kita, anda perlu mengubah file berikut:
1. /etc/timezone
2. bina symlink
# ln -sf /usr/share/zoneinfo/Asia/Kuala_Lumpur /etc/localtime
Sekarang kita boleh sync kan masa dari ntp server. Sebelum itu anda pengguna Debian perlukan applikasi ini:
ntp-simple dan util-linux
# apt-get install util-linux ntp-simple
Sebaik sahaja ntp-simple selesai install dan service ntpd run, masa anda sepatutnya akan sync mengikut localtime. Jika tidak sync, restart service ntpd:
# /etc/init.d/ntp restart
Hasilnya:
contoh:
date
Wed Mar 7 10:47:35 MYT 2007
Akhir sekali kita perlu sync kan hwclock.
Contoh:
# hwclock --show
Wed Mar 7 6:30:36 2007 -0.255076 seconds
Contoh di atas menunjukkan hwclock tidak sync dengan localtime kerana masih menggunakan UTC.
Untuk syn hwclock, arahan berikut boleh digunakan:
Arahan ini akan sync hwclock mengikut masa system.
Periksa semula menggunakan hwclock --show dan date untuk pastikan hwclock dan masa system telah sync.
Anda tidak perlu lakukan apa-apa lagi kerana ntp cronjob akan lakukan sync. Untuk hwclock pula, script hwclock.sh akan membetulkannya setiap kali anda boot.