Pada system Debian, biasanya untuk compile kernel, arahan berikut sering digunakan:
make-kpkg --rootcmd fakeroot --revision 1 --us --uc kernel_image kernel_headers kernel_doc
atau
make-kpkg --rootcmd fakeroot --revision 1 --initrd --us --uc kernel_image kernel_headers kernel_doc
Beza antara dua arahan di atas hanyalah pada option "--initrd".
Arahan pertama tidak akan membina initrd untuk kernel sewaktu proses instalasi image. Manakala arahan kedua pula akan memastikan initrd kernel akan dibina sewaktu instalasi kernel image.
Proses membina intrd kernel dibantu oleh arahan mkinitrd. Walau bagaimanapun mkinitrd tidak lagi diguna dan dianggap telah obselete dan digantikan oleh yaird.
Kadangkala proses membina initrd tidak berjalan lancar dan menyebabkan masalah sewaktu booting kernel seperti kernel panic dan sebagainya.
Jika berlaku kes sebegini, apa yang perlu anda lakukan ialah memeriksa konfigurasi file /etc/kernel-img.conf.
Secara default, kandungan file adalah seperti berikut:
postinst_hook = update-grub
postrm_hook = update-grub
do_bootloader = no
do_symlinks = Yes
relative_links = Yes
Konfigurasi seperti di atas selalunya akan memberikan amaran sewaktu instalasi kernel image seperti di bawah.

Anda boleh mengubah konfigurasi dengan menambah dua line :
1. do_initrd = yes
2. ramdisk = mkinitrd.yaird
seperti berikut:
do_initrd = yes
postinst_hook = update-grub
postrm_hook = update-grub
do_bootloader = no
do_symlinks = Yes
relative_links = Yes
ramdisk = mkinitrd.yaird
Dua line tersebut adalah penting bagi memastikan initrd betul terbina.
mkinitrd.yaird adalah wrapper yaird bagi membolehkan yaird menerima arahan yang sama seperti mkinitrd.
Secara default Debian masih menggunakan mkinitrd untuk membina initrd. Kerana itulah kita perlu menambah line "ramdisk = mkinitrd.yaird"
Jika anda memilih option pertama sewaktu membina kernel image dan kemudian ingin membina initrd atau anda ingin mengubah iniitrd anda, arahan berikut boleh digunakan:
mkinitrd.yaird -o /boot/initrd.img-$(uname -r)