Selesai compile dansguardian terkini dan packagekan ke deb.
Anda boleh dapatkan dari section download:
http://mambang.org.my/modules/PDdownloads/singlefile.php?cid=4&lid=56
Dansguardian kali ini agak berbeza konfigurasi dari dansguardian yang berada dalam repositories Debian. Jadi jika anda ingin gunakan dansguardian ini sebagai upgrade, sila backup terlebih dahulu direktori /etc/dansguardian.
Sedikit tips untuk pengguna Debian yang ingin menggunakan Dansguardian ini dengan Clamav (clamd) sebagai antivirus gateway.
1. User Clamd perlu sama dengan User Dansguardian.
Contoh: Jika pada dansguardian.conf anda set daemonuser/daemongroup sebagai dansguardian, maka pada clamd.conf juga anda perlu set User=dansguardian.
2. Pada /etc/dansguardian/dansguardian.conf, uncomment baris berikut:
contentscanner = '/etc/dansguardian/contentscanners/clamdscan.conf'
3. Pada /etc/dansguardian/contentscanners/clamdscan.conf, sila tambah baris berikut untuk socket clamd:
clamdudsfile = '/var/run/clamav/clamd.ctl'
4. Sila ubah owner folder log dan semua log file Clamav kepada user yang anda set pada clamd.conf.
Contoh jika menggunakan user dansguardian
chown -R dansguardian:dansguardian /var/log/clamav
5. Owner folder pid dan socket clamd juga perlu diubah sama seperti di atas.
Contoh jika guna user dansguardian:
chown -R dansguardian:dansguardian /var/run/clamav
Selamat mencuba.