Menu Utama

Login

Nama Samaran:

Kata Laluan:

Lupa Kata Laluan?
Daftar Sekarang!

Carian

Mambang News : Bagaimana untuk mount remote folder menggunakan ssh
Dihantar oleh oshiri on 2009/11/6 19:30:00 (95 bacaan) News by the same author

Folder pada sistem remote boleh kita mount pada local seolah-olah folder tersebut berada pada local dengan menggunakan sshfs.

Apa yang kita perlukan ialah:
1. akaun ssh untuk akses sistem remote.
2. sshfs

apt-get install sshfs

3. utiliti fuse
apt-get install fuse-utils


Bagi kernel terkini, fuse tidak lagi kita perlu modprobe kerana ia tidak lagi datang dalam bentuk loadable module tetapi sebagai builtin module.
Bagi yang masih menggunakan kernel lama, anda perlu modprobe fuse terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan sshfs.

Selesai instalasi sshfs dan fuse-utils, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu:

1. Tambah user yang anda guna kepada group fuse
Contoh:
adduser oshiri fuse

Anda perlu reboot system terlebih dahulu sebelum user tersebut tergolong kepada group fuse.

2. Bina mount point untuk sshfs serta ubah owner mount point tersebut kepada user tadi.
Contoh:
mkdir -p /media/sshfs

chown oshiri:oshiri /media/sshfs


Untuk mount folder remote kita guna arahan seperti berikut:
sshfs username@domain-name(atau ip):/folder /media/sshfs

Arahan dijalankan oleh user dan bukannya root.
Anda akan ditanya dengan password ssh.

Jika anda tidak mahu menggunakan pasword, sila bina rsa key. Ini penting jika anda ingin automount menggunakan fstab.

Untuk passwordless:
ssh-keygen -t rsa

Enter bagi semua soalan. Jangan bina passphrase.
Key ssh anda akan di simpan pada subfolder .ssh home anda.
Salin key tersebut (id_rsa.pub) ke subfolder .ssh home folder remote sistem anda.
Tambah key tersebut ke file autorized_keys pada remote:
cat id_rsa.pub >> authorized_keys

Kemudian chmod:
chmod 600 authorized_keys

Sekarang anda boleh mount sshfs tanpa perlukan password.

Untuk kemasukan fstab anda boleh gunakan baris seperti berikut:
sshfs#username@remoteserver:/folder/ /media/mountpoint fuse noauto,user 0 0


Untuk unmount sshfs, gunakan arahan seperti berikut:
fusermount -u /mountpoint

Contoh:
fusermount -u /media/sshfs




Aku dah try mount dari windows pakai dokan.




Printer Friendly Page Send this Story to a Friend
Komen ini dimiliki oleh pengirim. Kami tidak bertanggungjawab dengan isi kandungannya.
Pengirim Thread