Tentu ramai pengguna pc benci dengan bunyi beep pada pc mereka.
Tapi aku sebaliknya, I "lap" bunyi beep.
Kenapa aku suka bunyi beep?
Sebabnya, ia boleh dimanipulasikan untuk kegunaan tertentu.
Kita ambil contoh mudah, mesin pembasuh kain (washing machine).
Biasanya apabila selesai membasuh, mesin tersebut akan mengeluarkan bunyi beep yang kuat untuk memberitahu pemiliknya bahawa kain telah selesai dibasuh ... sila jemur.
Contoh lain ialah pada "headless" server. Oleh kerana ia headless, bermakna ia tidak mempunyai monitor. Kerana tidak mempunyai monitor, kita tak nampak apa yang berlaku pada server tersebut.
Betul ... kita boleh ssh atau remote ke server tersebut. Tapi tahukah kita samada server tersebut telah bersedia untuk kita dampingi?
Di sinilah beep boleh membantu.
Dengan arahan seperti : beep -f 1000 -n -f 2000 -n -f 1500 -n -f 1000
di akhir proses boot boleh memberikan kita indikator bahawa server telah boot dengan sempurna dan bersedia untuk digunakan. Jika bunyi yang kita jangka tidak kedengaran, bermakna ada yang tidak kena dengan server tersebut.
Arahan tersebut boleh kita guna pada startup script ataupun pada rc.local.
Selain dari itu, beep juga boleh kita guna pada aplikasi atau bash script terutamanya jika script kita tidak mempunyai output pada terminal. Boleh digunakan sebagai indikator bahawa sesuatu arahan berjalan atau pun tidak.
Lain -lain, boleh digunakan untuk tujuan keseronokan.
Contohnya boleh digunakan sebagai effect untuk papararan kandungan file.
Misalnya effect typing dengan bunyi pada cat:
cat "namafile" | beep -c -f 2000 -D 50 -l 10
Boleh juga digunakan untuk compose musik "beep",
Contoh:
beep -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 370 -n -f 415.3 -n -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 370 -n -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 415.3 -n -f 277.2 -n -f 415.3 -n -f 370.0 -n -f 415.3 -n -f 370.0 -n -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 415.3 -n -f 261.6 -n -f 415.3 -n -f 466.2 -n -f 415.3 -n -f 277.2 -n -f 415.3 -n -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 415.3 -n -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 370 -n -f 415.3 -n -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 370 -n -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 415.3 -n -f 277.2 -n -f 415.3 -n -f 370.0 -n -f 415.3 -n -f 370.0 -n -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 415.3 -n -f 261.6 -n -f 415.3 -n -f 466.2 -n -f 415.3 -n -f 277.2 -n -f 415.3 -n -f 277.2 -n -f 415.3 -n -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 415.3 -n -f 277.2 -n -f 277.2 -n -f 466.2 -n -f 370.0 -n -f 370.0 -n -f 415.3 -n -f 370.0 -n -f 415.3 -n -f 277.2