Vmware Player walaupun bukan termasuk dalam kategori open source tetapi merupakan applikasi percuma.
Ia membolehkan pengguna run virtual machine samada di dalam persekitaran Windows atau pun Linux. Ia boleh menggunakan sebarang virtual machine yang dibina oleh product Vmware seperti Vmware GSX server, Microsoft virtual machines, disk dengan format Symantec LiveState Recovery serta Virtual pc.
Dengan adanya applikasi ini kita tidak perlu mempunyai dua salinan Vmware server / workstation untuk menggunakan virtual machine dalam persekitaran OS berbeza. Anda cuma perlu membina virtual machine samada dalam windows atau linux dan menggunakan vmplayer untuk menjalankan virtual machine tersebut di dalam OS yang lain.
Selain itu, terdapat banyak pre-built virtual machine boleh di dapati di internet.
Dapatkan vmplayer dari: http://www.vmware.com/download/player/
Screenshot vmplayer di dalam linux dan menggunakan virtual machine Damn Small Linux :
