Menu Utama

Login

Nama Samaran:

Kata Laluan:

Lupa Kata Laluan?
Daftar Sekarang!

Carian

Tutorial Terkini

Download Terkini

Random News

Info Linux

Distro Terkini
Package terkini
Berita terkini
LXer
OSDir

Freenode Webchat

Advertisement

(1) 2 3 4 ... 59 »
Mambang News : Bagaimana membina special keys menggunakan xmodmap dan xbindkeys
Dihantar oleh oshiri on 2010/3/12 8:00:00 (11 bacaan)

Special keys adalah kekunci atau kombinasi kekunci keyboard yang digunakan untuk mengarahkan sesuatu fungsi.
Contohnya jika kita menekan kekunci ctrl + m akan membuka media player.

Sebelum kita dapat mengarahkan kekunci untuk melakukan sebarang tugas, kita perlu mengenal keycodes kekunci tersebut. Cara paling mudah ialah dengan menggunakan tools xev.
Jalankan arahan xev pada terminal dan kemudian tekan kekunci pada keyboard. Keycode untuk kekunci tersebut akan dipaparkan.
Di bawah adalah contoh keycode extra button vol + dan vol - pada sesetengah notebook acer yang tidak disokong oleh kernel.

vol +

KeyPress event, serial 39, synthetic NO, window 0x800001,
    root 0x112, subw 0x0, time 15529537, (-419,235), root:(425,528),
    state 0x10, keycode 123 (keysym 0xffca, F13), same_screen YES,
    XLookupString gives 0 bytes: 
    XmbLookupString gives 0 bytes: 
    XFilterEvent returns: False

Keycode untuk vol + adalah : keycode 123

vol -
KeyPress event, serial 36, synthetic NO, window 0x800001,
    root 0x112, subw 0x0, time 15655711, (-146,103), root:(698,396),
    state 0x10, keycode 122 (keysym 0xffcb, F14), same_screen YES,
    XLookupString gives 0 bytes: 
    XmbLookupString gives 0 bytes: 
    XFilterEvent returns: False

Keycode untuk vol - adalah : keycode 122

Setelah mendapat keycode kekunci tersebut, boleh la anda berikan nama untuknya. File yang digunakan ialah ~/.xmodmaprc.
Contoh:
keycode 123 = F13
keycode 122 = F14


Kemudian kita gunakan arahan berikut supaya keymaps kekunci tersebut di kemaskini:
xmodmap ~/.xmodmaprc


xmodmap dan xev datang dengan package x11-xserver-utils dan x11-utils.

Langkah seterusnya ialah untuk "bind" arahan kepada nama keycodes yang telah diberikan. Untuk tujuan ini, kita gunakan xbindkeys. Untuk lebih memudahkan, kita gunakan gui xbindkeys-config .
Untuk install:
apt-get install xbindkeys xbindkeys-config


Run arahan xbindkeys-config dan tetapkan arahan untuk nama keycode tadi.



Klik new untuk membina key dengan arahan baru.
Dalam contoh di atas, kita gunakan arahan:
aumix -v +4 dan aumix -v -4 untuk meningkatkan volume atau menurunkan volume. ia bermaksud setiap kali butang volume di tekan, ia akan meningkatkan atau menurunkan volume sebanyak 4%.

Perhatikan bahawa "Name" boleh anda berikan sebarang nama.
Bahagian teerpenting ialah "Key". Nama "Key" tersebut datangnya dari nama yang telah anda berikan pada keycode dalam ~./xmodmaprc.
Apabila selesai, klik Save&Apply&Exit. File .xbindkeysrc akan dibina pada Home anda. File tersebut akan kelihatan begini:

###########################
# xbindkeys configuration #
###########################
#
# Version: 0.1.3
#
# If you edit this, do not forget to uncomment any lines that you change.
# The pound(#) symbol may be used anywhere for comments.
#
# A list of keys is in /usr/include/X11/keysym.h and in
# /usr/include/X11/keysymdef.h 
# The XK_ is not needed. 
#
# List of modifier (on my keyboard): 
#   Control, Shift, Mod1 (Alt), Mod2 (NumLock), 
#   Mod3 (CapsLock), Mod4, Mod5 (Scroll). 
#
# Another way to specifie a key is to use 'xev' and set the 
# keycode with c:nnn or the modifier with m:nnn where nnn is 
# the keycode or the state returned by xev 
#
# This file is created by xbindkey_config 
# The structure is : 
# # Remark 
# "command" 
# m:xxx + c:xxx 
# Shift+... 




#keystate_numlock = enable
#keystate_scrolllock = enable
#keystate_capslock = enable



#Volumeup
"aumix -v +4"
   F13

#Volumedown
"aumix -v -4"
   F14

#
# End of xbindkeys configuration


Run arahan xbindkeys -f ~/.xbindkeysrc dan uji butang yang telah di map. Volume akan berubah setiap kali butang ditekan.
Bagaimanapun arahan xmodmap dan xbindkeys perlu anda run setiap kali anda login ke desktop.

Untuk memudahkan, anda bolehlah membina script mudah supaya ia berjalan secara automatik setiap kali login.
Anda tidak boleh menggunakan rc script kerana ia perlukan user dan bukan root untuk berfungsi.
Cara termudah ialah masukkan script berikut pada startup script desktop:
# xmodmap and xbindkeys - mambang
if [ -f $HOME/.xmodmaprc ]; then
    /usr/bin/xmodmap $HOME/.xmodmaprc
fi

if [ -f $HOME/.xbindkeysrc ]; then
    /usr/bin/xbindkeys -f $HOME/.xbindkeysrc
fi


Jika anda menggunakan LXDE, anda boleh masukkan ke /usr/bin/startlxde sebelum baris "exec /usr/bin/lxsession -s LXDE".

Bagi gnome dan kde, anda boleh masukkan ke session startup.







Comments?
Mambang News : Cara mudah menggunakan external monitor pada laptop
Dihantar oleh oshiri on 2010/3/10 9:36:31 (13 bacaan)

Berikut adalah cara mudah yang boleh digunakan jika anda ingin menggunakan external monitor pada laptop anda melalui port vga out tanpa perlu mengubahsuai xorg.conf.

1. Cucukkan cable vga monitor anda kepada vga out laptop
2. Jalankan arahan berikut pada terminal:

xrandr


Anda akan dapat output seakan berikut:
~$ xrandr
Screen 0: minimum 320 x 200, current 2048 x 768, maximum 8192 x 8192
VGA1 connected 1024x768+1024+0 (normal left inverted 
right x axis y axis) 304mm x 228mm
   1024x768       60.0*+   75.1     72.0     70.1     60.0* 
   1920x1440      60.0  
   1800x1440      64.5  
   1856x1392      60.0  
   1792x1344      60.0  
   1920x1200      60.0  
   1600x1200      75.0     70.0     65.0     60.0  
   1680x1050      60.0  
   1440x1050      60.0  
   1400x1050      75.0     72.0     60.0  
   1280x1024      75.0     60.0  
   1440x900       60.0  
   1280x960       75.0     72.0     60.0  
   1368x768       60.0  
   1280x800       60.0  
   1152x864       75.0     60.0  
   1280x768       60.0  
   1024x600       60.0  
   832x624        74.6  
   800x600        72.2     75.0     70.0     60.3     56.2  
   768x576        75.0     72.0     60.0  
   640x480        72.8     75.0     72.8     75.0     66.7     70.0     60.0  
   720x400        70.1  
LVDS1 connected 1024x768+0+0 (normal left inverted right x 
axis y axis) 309mm x 174mm
   1024x768       85.0*+   75.0     70.1     60.0  
   1366x768       60.0 +
   1360x768       59.8  
   832x624        74.6  
   800x600        85.1     72.2     75.0     60.3     56.2  
   640x480        85.0     72.8     75.0     59.9  
   720x400        85.0  
   640x400        85.1  
   640x350        85.1  
HDMI1 disconnected (normal left inverted right x axis y axis)
DP1 disconnected (normal left inverted right x axis y axis)


Perhatikan bahawa nama device vga out anda adalah: VGA1
dan nama device monitor internal : LVDS1

3. Gunakan arahan berikut untuk paparkan screen pada external monitor:
contoh:
xrandr --output VGA1 --auto


Pada peringkat ini, kedua-dua monitor mempunyai paparan yang identikal atau mirror antara satu dengan lain.

4. Untuk memaksimumkan penggunaan 2 monitor supaya kerja berbeza boleh dilakukan pada monitor berbeza, gunakan arahan berikut:
contoh:
xrandr --output VGA1 --preferred --right-of LVDS1


Dari sini, anda boleh drag sebarang window kemana-mana monitor yang anda inginkan.



** Langkah 2 dan 3 boleh digantikan dengan menggunakan gui seperti lxrandr yang datang dengan LXDE



Selamat mencuba.

Comments?
Mambang News : Initramfs dan Turbo boost
Dihantar oleh oshiri on 2010/3/9 17:41:30 (11 bacaan)

Initramfs
Katakan anda telah membina kernel dengan option " --initrd" atau mendapat kernel yang sepatutnya membina initrd secara automatik semasa install, tetapi fail initrd gagal dibina.

Ada 2 kemungkinan keadaan sebegini boleh berlaku:
1. fail initrd versi kernel tersebut telah ujud
2. script initramfs tidak ada walaupun initramfs-tools telah di install

Untuk mengatasi masalah, anda boleh :
1 . delete fail initrd versi kernel tersebut terlebih dahulu sebelum install kernel
2. salin script initramfs ke /etc/kernel/postinst.d
cp /usr/share/doc/kernel-package/examples/etc/kernel/postinst.d/initramfs /etc/kernel/postinst.d/

Turbo boost
Pada processor Intel dengan microarchitecture Nehalem ada disertakan dengan teknologi Turbo boost. Fungsi Turbo boost adalah untuk membolehkan core cpu menjadi lebih pantas daripada frekuensi asasnya. secara automatik. Lebih kurang seperti over clocking tetapi dilakukan secara automatik.

Terdapat khabar angin di luar sana yang kononnya Turbo boost tidak akan berfungsi pada system Linux.
Sebenarnya khabar angin tersebut tidak benar. Selagi anda kerap update kernel ke kernel terkini, anda akan ok.

Di bawah adalah bukti bahawa Turbo boost disokong oleh kernel terkini:


Proses dalam keadaan normal


Proses high load, turbo boost kicks in.

Tools yang digunakan untuk memeriksa Turbo boost adalah i7z.
Anda boleh dapatkan dari:
http://code.google.com/p/i7z/

Comments?
Mambang News : Nota untuk Intel Arrandale
Dihantar oleh oshiri on 2010/3/6 11:43:34 (14 bacaan)

Ini sedikit nota untuk setup Linux pada system yang menggunakan cpu Intel Core Arrandale (i3, i5 dan i7).

1. VGA
Secara default system akan menggunakan vesa.
Untuk menggunakan builtin gpu (ironlake - intel hd), anda perlu enablekan KMS (Kernel Mode Setting) untuk intel.

Pada grub, sila tambah baris berikut:

i915.modeset=1


contoh:
title		Debian GNU/Linux, kernel 2.6.33-oshirix
root		(hd0,4)
kernel		/boot/vmlinuz-2.6.33-oshirix root=/dev/sda5 ro 
ramdisk_size=100000 lang=us apm=power-off nomce vga=791 i915.modeset=1
initrd		/boot/initrd.img-2.6.33-oshirix


Anda perlukan kernel 2.6.31 dan keatas untuk KMS.
Disarankan anda menggunakan kernel terkini, 2.6.33 kerana ia mempunyai pelbagai penambahbaikan serta menyokong 30 bit depth mode.
Anda juga perlukan xserver-xorg dan xserver-xorg-intel yang baru.
*Pengguna Debian Lenny tidak akan dapat menggunakan KMS kerana Xorg nya masih versi lama.

Pada /etc/X11/xorg.conf, sila ubah driver dari vesa ke intel serta tambah Option "AccelMethod" "UXA".

Contoh:
Section "Device"
	Driver		"intel"
	VendorName	"All"
	BoardName	"All"
	Option "AccelMethod"   "UXA"
EndSection


2. Sound (hda-intel)
Jika volume anda mengeluarkan bunyi yang perlahan walaupun volume telah diset pada 100% dan ia menggunakan codec berikut serta anda menggunakan Acer:
# cat /proc/asound/card0/codec#* | grep Codec
Codec: Realtek ALC888
Codec: Conexant ID 2c06
Codec: Intel G45 DEVIBX


Sila edit /etc/modprobe.d/alsa-base.conf dan tambah baris berikut"
options snd-hda-intel model=ACER


3. Network card ( Broadcom Tigon)
Sehingga kernel 2.6.33, masalah module tg3 masih lagi belum dibetulkan.
Outputdmesg:
[    4.241867] tg3.c:v3.106 (January 12, 2010)
[    4.241920] tg3 0000:01:00.0: PCI INT A -> GSI 16 
(level, low) -> IRQ 16
[    4.241932] tg3 0000:01:00.0: setting latency timer to 64
[    4.244896] tg3 mdio bus: probed
[    4.244918] tg3: Problem fetching invariants of chip, aborting.

Masalahnya ialah, module tg3 bergantung pada module broadcom tetapi module broadcom tidak load sewaktu boot.
Untuk mengatasi masalah tersebut, anda bolehlah gunakan arahan berikut:
rmmod tg3
modprobe broadcom
modprobe tg3


Untuk memudahkan, anda bolehlah masukkan tiga baris tadi ke /etc/rc.local.
contoh:
#!/bin/sh -e
#
# rc.local
#
# This script is executed at the end of each multiuser runlevel.
# Make sure that the script will "exit 0" on success or any other
# value on error.
#
# In order to enable or disable this script just change the execution
# bits.
#
# By default this script does nothing.
rmmod tg3
modprobe broadcom
modprobe tg3
exit 0



Coretemp kernel juga masih belum menyokong arrandale menyebabkan sensor suhu tidak berfungsi.

Xscreensaver boleh menjadi penyebab kepada system hang/lockup. Sila disable screensaver atau hanya gunakan blank screen jika ia menyebabkan lockup.

Comments?
Mambang News : Boot USB tanpa sokongan Bios
Dihantar oleh oshiri on 2010/2/24 18:06:09 (54 bacaan)

Aku telah ditanya bagaimana untuk boot usb jika bios komputer tidak menyokong boot dari usb, sama seperti PC yang aku gunakan sekarang.

Kerana aku telah berjanji untuk lakukan sedikit research berkenaan masalah tersebut, akhirnya aku telah berjumpa dengan bootmanager Plop yang berasaskan kernel linux.
http://www.plop.at

Anda boleh gunakan Plop samada dari hdd, Floppy, CD, Windows boot menu, Syslinux, LILO, GRUB atau network.

Untuk integrate Plop dengan Grub, sila ikut langkah-langkah berikut :

1. download Plop:

wget http://download.plop.at/files/bootmngr/plpbt-5.0.8.zip


2. ekstrak Plop:
unp plpbt-5.0.8.zip


3. salin binary Plop ke folder /boot:
cp plpbt-5.0.8/plpbt.bin /boot/


4. edit grub menu.lst (/boot/grub/menu.lst) dan masukkan baris berikut:
title 		PLoP
root 		(hdX,Y)
kernel 		/boot/plpbt.bin


* Ubah (hdX, Y) mengikut partition dimana /boot/plpbt.bin berada.
Ikut sahaja partition linux anda melainkan anda install pada partition lain.

5. Reboot.

Grub akan mempunyai menu baru dengan nama PLoP.
Pilih PLoP dan anda akan mendapat menu yang kelihatan begini:



Cucuk thumbdrive atau usb external hdd anda ke port usb dan pilih boot usb.
Usb anda sepatutnya akan boot.

Read More... | 2 comments
(1) 2 3 4 ... 59 »

Shoutbox

Ahli Baru

nazra 2010/3/13
dinlinux 2010/3/11
rezuil 2010/3/10
qasyira 2010/3/8
ciastler 2010/2/24
elet 2010/2/22
apekhero 2010/2/18
drklon 2010/2/16
yus32usa 2010/2/13
ah4ks 2010/2/13

User Online

11 pengguna sedang online (10 pengguna sedang melayari News)

Ahli: 3
Pelawat: 8

Red-Hat-Enigma, nazra, chang, lagi...

Site Hits

Total Hits